Saturday 1 February 2014

About 'Penjagaan Rambut' :)

 Tips tips nak jaga Rambutnih bawah nih Rmbut Reena. Rmbut penting jugak okay? Halooohaa!
 
 
1.   Sebaik-baiknya semasa menyikat rambut, gunakan sikat bergigi jarang untuk  mengelakkan keguguran rambut yang banyak


2.  Selain syampu, gunakan perapi (conditioner) supaya rambut mudah diurus dan senang disikat. Tapi jgn sapu perapi pada kulit kepala pulak kerana ia akan menyebabkannya berminyak

3.  Gunakan pelembap di dalam syampu atau pelembap semulajadi seperti pati santan. Selain itu amalkan meminum air masak secukupnya dan memakan buah-buahan yang banyak


4.  Jangan menyikat rambut ketika basah. Sebaik-baiknya tunggu lebih kurang 10-15 minit selepas mandi. Memadailah dengan hanya menyisir rambut dengan lembut dulu menggunakan jari-jemari


5.  Elakkan stress kerana stress yang berlebihan boleh mendatangkan keburukan pada rambut seperti menyebabkan rambut mudah rosak atau putus. Anda boleh mengelakkan stress dengan malakukan aktiviti senaman secara berkala
 
6.  Elakkan daripada mengerintingkan atau meluruskan rambut dengan kerap kerana ia boleh menyebabkan rambut rosak dan mudah gugur


7.  Gunakan syampu yang kaya dengan kolagen, protein dan lipid jika rambut anda kering


8.  Elakkan daripada mewarna, ‘rebonding’ atau ‘perm’ rambut anda kerana ia boleh menyebabkan rambut asli anda rosak jika tak dilakukan secara profesional


9.  Potong atau ‘trim’ rambut kira-kira 2 bulan sekali untuk mengelakkan hujung rambut bercabang


10.  Menukar style rambut dengan kerap juga boleh menyebabkan rambut kering dan cepat rosak


11.  Jangan terus memakai tudung jika rambut basah kerana ia mungkin menyebabkan rambut ‘berbuah’. Sebaliknya biarkan ia kering seketika


12.  Untuk menguatkan dan melebatkan rambut, amalkan menyapu pati santan kelapa //seelok-eloknya guna kelapa tua pada kulit kepala dan biarkan ia selama setengah jam. Sebaik-baiknya amalkan petua ini seminggu sekali

 

No comments:

Post a Comment